Friday 7 March 2014

Disukai ramai orang. Perlukah?

assalamualaikun Semua.


Quotes

Dulu selalu farah terfikir, entah macamana la nak disukai ramai orang. Tapi makin lama hidup, makin jumpa ramai manusia tiada manusia pun yang sempurna. Kawan tetap kawan tapi dalam dendiam belakang-belakang pun kata juga. Itu lumrah berkawan. Bukan semua orang suka kita begitu juga kita bukan suka semua orang.. betulkan?

Takda manusia pun yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang pun yang akan nampak sempurna dimata orang lain. Kadang-kadang kita perlu juga merasa kekurangan, kerana ia akan membuat kita selalu beringat dan melatih minda untuk bimbing diri kita dalam menjaga kelemahan yang kita miliki. Semua orang pun ada kelemahan.

Farah suka berkawan. Agaknya mungkin sebab berbintang Virgo. Tak kiralah dari mana pun orang tuu datang, tapi macam biasa farah banyak kekurangan yang selalu tidak disedari. Dalam dendiam pun pernah termengata kawan sendiri, pernah membuka aib kawan sendiri. Kadang-kadang  bila terlalu marah dengan kawan sendiri lidah lebih berkata dulu sbelum naik ke otak untuk berfikir. Itulah wanita kan?

Lama kelamaan sedikit demi sedikit tu farah cuba berubah, cuba membina peribadi yang lebih baik dan positif seiring dengan pengalaman yang pernah ditempuhi.

Farah belajar jangan terlalu banyak berharap pada orang lain, kerana setiap orang masing-masing juga mempunyai kesibukan yang tersendiri. Oleh itu jangan mengharap untuk diberi tumpuan oleh orang lain. Satu perkara yang harus diingat  dan ditanam sebaiknya dalam kepala, sebenarnya tiada orang pun yang mengawasi kita. Kita tidak dituntut pun melakukan yang terbaik agar mendapat perhatian atau simpati dari orang lain. JUST BE YOURSELF!!

Biarlah sekali sekali merasa sedikit kesusahan dan merasa sesuatu yang negatif semasa kita sedang dilanda musibah. Pada hakikatnya tiada orang yang boleh terlepas dari perkara ini. Kita hanya boleh berserah padaNYA.

Terimalah perkara-perkara yang positif dan jangan menuntut diri untuk mencapai perkara yang diluar kemampuan kita. 


"Kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan sempurna dan disukai semua orang sebab kita hidup bukan untuk orang lain"


5 comments:

  1. betol kata-kata awak..
    hidup bukan untuk orang lain.. jadi diri sendiri lebih baik! good job!

    ReplyDelete
  2. sedikit demi sedikit kita berubah ke arah kebaikan.. hati pun akan bertambah tenang jadinya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Dah follow blog awk :)

    Mohon follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. setuju.....x semua perfect..kite mungkin sll mengata org tp sbnrnya kite x sdr dlm diam org tu jgk mengata kita..hehe..so just b yr self then jadi yg lebih baik :-)

    ReplyDelete