Monday 17 March 2014

Diuji Harini Mungkin Nak Digantikan Dengan Yang Lebih Baik.

Assalamualaikum Semua.


Allah uji dengan pelbagai ujian,,


I'm Stuck!
Macam-macam ujian yang Allah nak bagi. Lepas satu, satu yang berlaku. 
Namun ujian ini hadir pada sesiapa dan tidak mengenal erti siapa.
Mungkin sekarang farah, mungkin dalam beberapa saat orang yang berkata pasal farah pula yang diuji.
Tidak mustahilkan?Itu semua kehendak Allah. Semua orang akan merasai dan melaluinya. 
Cuma cara yang berlainan, mungkin.

Jujur, farah tidak menyalahkan sesiapa diatas ujian yang Allah bagi ni. 
Siapa kita untuk mempertikaikan. Farah belum lagi baik. Tak cukup baik. 

Masih lagi mempersoalkan itu ini tentang kerja Tuhan.
Masih lagi menjadi Tuhan dengan mengeluarkan berbagai-bagai andaian mengikut acuan sendiri.
Masih lagi sibuk dengan sesuatu perkara yang kurang penting sehingga kita terlupa serta mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

yeah, begitulah kita kan?

Harini Allah uji sebab DIA mahu memberikan yang terbaik dan menginginkan yang terbaik dari kita. 
Kadang-kadang secara zahir kita akui tentang KeEsaan Allah. Tapi dalam hati masih samar-samar pun.
Walaupun kita ini orang yang menjaga solat.

Meskipun kita ini orang yang menjaga aurat. Meskipun kita ini yang belajar agama.
Belajarkan bersangka baik. fikir baik, pandang baik dan rasa baik terlebih dahulu terhadap sesuatu ujian.

Harapan Farah.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa farah yang bertaburan banyaknya itu.
Boleh jadi airmata yang gugur ini akan memadamkan dosa-dosa.

Pintalah kita dengan bersungguh-sungguh.
Doa kita tidak semestinya dibayar terus. Mungkin doa itu Allah tundakan untuk generasi akan datang.
Boleh jadi juga doa itu Allah gantikan dengan lebih baik yang kita tidak ketahuinya.
Juga boleh jadi Allah mengurniakan doa kita untuk di sana kelak. Siapa tahukan?

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Baik..
Farah posting macam ni, bukan kerana farah ustazah or apa-apa.
Farah juga bukan sempurna, jauh sangat nak jadi sempurna.
Paling kurang farah ingin berubah kearah yang lebih baik. 

*Rindu sangat kat arwah baby Muhammad Hafeey*.

9 comments:

  1. akak dtg dan follow farah jugak..thanks..:)

    ReplyDelete
  2. Bersyukur kita masih di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  3. Allah sygkan hambanya setiap ujian yang datang ada hikmah disebalik.

    azie balas kunjungan...salam perkenalan farah
    have a beautiful day sweet

    ReplyDelete
  4. insyaAllah dugaan tu buat kite lg kuat dr sebelum ni.

    ReplyDelete
  5. bersabar farah, pasti ada hikmahnya nanti..all the best dalam apa jua urusan..was here

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwah Farah...

    Bertabahlah dgn ujian yg Allah... tiap-tiap sesuatu kesulitan itu .. penghujungnya kebahagian... itu firman Allah kan..

    Akak follow #19 jemputlah ke blog kecil akak ye :)

    ReplyDelete
  7. tabahkan diri dan terus berdoa..
    saya pon pernah mengalami perkara yang hampir sama..tapi mungkin dengan keadaan berbeza..

    InsyaAllah..Dia maha mengetahui yang dilangit dan dibumi..Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk kita..

    ReplyDelete