Thursday 13 February 2014

Miscarriage 12Weeks.

Assalamualaikum semua.







Punyalah lama tak menulis disini. Kononnya lepas buat diari baru serba pink ni, bercita-cita nak update setiap hari. Itu konon je. tengok? berapa lama dah tak menulis. Baru harini terbuka hati nak menulis kembali. Blog lama sehingga ke harini memang dah lupa terus kata laluan. Tinggal kenangan buat blog lama. 

Memula haritu ingat macam dah malas sangat nak menulis, tapi bila dipikirkan kembali banyak cerita boleh disimpankan kenangan disini dengan cara menulis. Maka gigihkan juga untuk menulis ni..Banyak cerita sebenarnya nak dikongsikan, tapi perlukan masa untuk dimasukkan disini. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup untuk tahun 2014 ini.

Firstly, rasanya rakan-rakan di facebook ramai yang tahu farah miscarriage pada 21 Jan 2014. Ramai juga yang tak tahu farah preggy untuk kali kedua. Bila farah buat annouce di facebook, memang ramailah yang inbox, komen dan tak lupa juga whatsapp farah mengenai ini. To be honestly, rakan pejabat pun ramai yang tak tahu cuma adalah 2 ke 3 orang memang tahu kerana farah rapat dengan mereka. so just let them know.

Tiada niat untuk sorokkan berita gembira itu, tapi ramai juga yang seperti ambil hati kerana farah tak inform awal-awal. Bukan taknak sharing tapi farah rasa untuk preggy kali kedua eloklah farah diamkan dulu kerana masih baru. Ingatkan nak annouce bila masuk 2nd trimester, tapi itulah, Allah juga Perancang sebaiknya. Genap 12w, bleeding & terus confirm miscarriage.

Actually, farah & En suami memang tahu baby tak boleh survive pun. Doctor private yang jaga kes farah tu, dah inform awal. Baby umpama tidak membesar dengan baik. No heartbeat. So, bila doktor dah cakap macamtu, mula-mula memang sedih, menangis.. Then En suami cakap "kita kena terima apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. Tak boleh meratapi apa yang berlaku, nanti umpama kita ni tak redha.. "
Then, baru tersedar ehh, dulu time arwah Hafeey pergi farah boleh terima why not kali ini?  Tapi dalam masa yang sama, masih mengharapkan miracle dari Allah, kot-kot Allah bagi rezeki untuk kali kedua..

Jarak 2minggu, memang scan lagi, doktor inform lagi kata umpama memang tiada harapan untuk baby survive. Doktor bagi surat refer ke hospital sebab scan memang tak nampak sangat. Dalam masa yang sama dah daftar pun kat KKM Sungai Tua. Doktor situ scan nampak 2 karung. Twins! TAPI, macam yang doktor private beritahulah baby sangat kecik.

Sejak tu selalu goggle, cari kawan tanya kawan yang pernah alami miscarriage. Dalam hati memang sedih kena pula doktor cakap yg dikandung ini adalah twins. Makin lama memang dah takut nak scan, setiap kali lepas solat berdoa pada Allah farah redha apa saja perancangan yang Allah nak bagi ni. Then pergi rumah ibu, tanya ibu, ada air zamzam lagi tak.. then ibu kata ada, terus cerita kat ibu. Ibu cakap takpelah, kalau rezeki tak kemana..

Sampai nak bulan ketiga preggy, masih no bleeding. Malam tu, solat dan minum air zamzam niat dalam hati "Ya Allah, kiranya benar bayi-bayi ku ini rezekiku, mereka boleh survive, tolonglah jaga Bayi-bayiku ini sehinggalah slamat dilahirkan, dan sekiranya ini bukan rezekiku turunlah tanda supaya ku tidak mengharap lagi". Keesokkan harinya Allah makbulkan, bermula lah bleeding yang sedikit dan semakin lama semakin banyak. Terus inform En suami, tiada rezeki kita untuk kali ini. Pagi sebelum subuh terus ke hospital Selayang, hanya admitted pada pukul 11 pagi. 

Doktor scan, baby masih kecil dan confirm miscarriage. Perasaan masa tuu? tak tahu nak kata apa. Senyap tak terkata, En suami pun tahu mesti dalam hati ni sebak. Masuk bilik wad, dah ada kawan, kakak2 yang lebih tua. Semuanya peramah, terus hilang rasa duka dihati. Siap boleh cerita anak pertama meninggal bulan Jun last year, sampaikan kakak tu cakap farah ni kuat, takda nampak petanda sedih pun. 

Bila dah masuk wad tu, macam biaselah, cucuk sana, cucuk sini. prosedur sana, prosedur sini. Redha jelah apa yang doktor godekkan. Pada 22 Jun pukul 8.05 malam terus ke OT Room. Tapi nak jadik cerita, ada patient yg sampai seminit awal pun dari farah, maka dia masuk dulu tinggal farah kat waiting room. Dekat situ boleh nampak patient yang baru habis OT. Nampak mereka keluar dalam keadaan tidak sedar. Tiba-tiba, hati mula sebak, yelah takda siapa pun yang teman farah kat situ. Mula lah rasa nak menangis, airmata jatuh macam paip tak boleh tutup. Tekadkan hati pun, masih bercucuran juga airmata. Baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus tuu..




Baca tanpa henti. Tapi masih tak boleh kawal lagi perasaan tuh. Sehingga la time farah masuk bilik OT Room, baru reda sebak dalam hati. Ingatkan doktor nak bagi bius separuh badan macam lahirkan arwah baby Hafeey haritu, rupanya dipengsankan terus! Memang tak sedar apa sehingga selesai semuanya,  ondaway nak ke recover room baru nurse kejutkan. Tak lama disitu, terus dihantar terus ke wad..

Ibu yang sedia menanti dibilik, lega sangat nampak ibu ada. Terus cakap kat ibu nak makan sebab dah lapar. kena puasa dari pukul 4pg sebelum dnc.. Bayangkan hanya ambil makanan pukul 11malam. Punyalah lama puasa.. Alhamdulillah, boleh bangun, boleh ke tandas dengan sendirinya walaupun agak pening-pening lagi.

Selang sehari lepas dnc baru boleh discharge. Sebelum buat dnc ni, selalu dengar orang cakap sakit sangat. Tapi farah tak tahulah, mungkinkah rezeki farah doktor bagi pengsan atau ikut pada hospital. Kalau ditanya pada kakak yang sebilik tu, mereka kata mereka miscarriage dah dua kali pun, memang doktor pengsankan. Kita tak tahu apapun. Tetau je dah siap. Yang ini memang farah pun tak pastilah. Atau mungkin ikut kandungan berapa bulan kee.. Entahlaaa. Farah tiada jawapan.

Apapun, farah bersyukur, segalanya dipermudahkan, berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Farah sangat berterima kasih pada Ibu, little sissy yang sudi jaga farah di hospital sampai bermalam bergilir-gilir. Terima kasih juga buat MIL ( Ibu Mertua ) yang setiap petang datang bawa bekalan untuk orang berpantang. Pada kawan-kawan yang call, whatsapp tak jemu-jemu bertanyakan khabar farah, terima kasih buat kalian. Tak perlulah disebut disini, kerana kalian tahu siapa kalian..:) Terima kasih banyak-banyak.

p/s: Akan bersambung lagi..




4 comments:

  1. sabar...sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  2. :( bersabarlah, semoga ada rezeki yg lebih besar menanti di hadapan. amin

    ReplyDelete
  3. Fazil Ahmad: terima kasih yee,,

    Lulu Sayang: InsyaAllah, amin..

    ReplyDelete
  4. Moga Farah terus kuat dalam menghadapi ujian dariNYA..

    ReplyDelete