Tuesday 26 November 2013

Penuhi Jemputan. :)

Assalamualaikum Readers!


Nampak tak? Penuhkan dengan barang cenderamata.
Terima Kasih yee..:)


Sikitnya post untuk bulan ini. Bukan taknak menulis tapi masa agak singkat. Nak menjenguk rumah baru serba pinky ni pun tak sempat. Kalau ikutkan memangla masa setiap orang tuu sama kan, tapi setiap masa itu diisikan dengan perkara yang lebih penting, yang ada dateline. Tapi selepas ini akan dicuba juga curi-curi masa tuu.


Baru-baru ni farah dijemput ke majlis walimatul urus di Dewan Sri Siantan, Selayang. Alhamdulillah, dapat juga penuhi undangan. Selalu memang tak sempat nak penuhi. Ada je urusan lain last minute. Farah beritahu hasben pun dah lambat. Tapi sebab dekat dengan rumah, memang perlu sempatkan diri juga walau hanya hadir sekejap cuma.


Sebenarnya itu adalah majlis perkahwinan sahabat punya adik. Tapi beliau jemput, ditambah dah lama sangat tak jumpa beliau, bertahun-tahun sampai dah tak tahu sejak bila. Hepi sangat dapat penuhi jemputan beliau walaupun tak sempat nak posing dengan tuan rumah, tak sempat nak berborak sakan. Memang faham sangat beliau pun sibuk melayan tetamu yang lain..:)


Nak puji yang makanannya sangat sedap. Suka sangat dengan masak daging tuu. Dah lupa daging masak apa. Tapi memang sedap! Memang makan dengan penuh perasaanla time tuu..


Untuk pasangan yang baru mendirikan alam rumahtangga ini, farah doakan mereka bahagia sehingga ke syurga. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan alam yang serba baru ini.


Terima kasih semua kerana sudi membaca entri yang singkat ini.. :)


No comments:

Post a Comment