Saturday 23 November 2013

Akibat Lupa Kata Laluan, Blog Pun Melakukan Penghijrahan.

Assalamualaikum..:)

Actually, blog ni dah jadi blog yang kedua. Sebelum ni blog lama sudah terlalu lama sangat tidak ber'update' maka makin lama semakin lupa kata laluannya. Banyak kali cuba, tapi hasilnya tetap sama. No hp pun sudah bertukar, maka memangla blog lama tuu menjadi kenangan abadi sahaja lar..:)

Last update disitu tentang pemergian arwah puteraku Muhammad Hafeey. Memang itulah last entry. Pernah juga cuba nak update tapi penyakit 'M' semakin berleluasa sehingga tidak mampu untuk mengetuk keyboard. Setiap hari pasang niat "harini aku nak update la, tapi bila sampai waktunya, harap maklum penyakit M ini membuatkan farah tak mampu nak pandang lappy pun".

Bila sudah bertangguh, itu yang membuatkan kata laluan pun sudah dilupakan. Bila berwhatsapp dengan kawan-kawan, farah kata farah akan buat blog baru pasti mereka kata rugilah entry lama kat situ. followers jua ramai. Tapi bagi farah, mungkin tiada rezeki kot nak setia pada blog lama tuu. Senang kata tiada rezeki disitu. Takpelah, farah anggap sebagai satu penghijrahan..:)

Kebetulan masuk sahaja tahun baru Islam haritu, farah juga membuat satu penghijrahan. Bukanlah penghijrahan yang besar sangat tapi nak menjadi baik tu biarla sikit-sikit kan. Kalau terlalu drastik takut tidak mampu untuk istiqamah pulak. Maka sikit-sikitla berubah kearah yang lebih baik. Oleh kerana itu, blog pun ada penghijrahan juga la yee.. Semoga selepas ini farah akan lebih rajin untuk meng"update" blog.

Sekian, untuk makluman readerss..:) Kepada yang belum mengenali farah tuu, salam perkenalan ye. Semoga ukhwah kita disini berterusan hendaknya..

5 comments:

  1. kali pertama singgah sini.. 'eh.. rasa macam kenal..' cuma dah lamaaaaa tak singgah blog yang lama tu.. ;)

    apa-apapun selamat kembali berblog.. ;)

    ReplyDelete
  2. hikhik.. knl ek. tapi lama dah tak komen2 kan?

    ReplyDelete
  3. done follow akak !

    http://doradora-chan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. terjumpa blog kak farah hehehehehe

    ReplyDelete
  5. dear..sy bru dtg cni..klo x keberatan blh share psl arwah anak pertama? Umo berapa? skt ape? sorry jika soalan tdk diundang ni

    ReplyDelete