Thursday 27 February 2014

Musibah Itu Untuk Mendidik Hati KITA.

Assalamualaikum Semua.

Sempena hari Jumaat, terus terpikir nak buat entri ni. Bukan apa, kadang-kadang selalu kita dengar orang selalu kata bila ditimpa musibah, mesti atas dosa-dosa yang lalu. Semua orang pun melakukan dosakan? Cuma antara kita cepat tersedar dengan tidak jee. 

Maka sebelum buat entri ni, farah selalu dengar ceramah ustaz Pahrol ni. Banyak kata-katanya sangat terkesan terus masuk dalam hati.


Musibah Itu Mendidik Hati Kita.


" Ramai Orang Tidak Terkesan Dihatinya Dengan Mujahadah,
  Tetapi Sangat Terkesan Dengan Musibah"

Kata-kata ini adalah daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi. Salah seorang ustaz yang acapkali bila berkata-kata akan menikam hati dan sangat terkesan di dalam hati farah.

Apabila Ditimba Musibah, Kesannya Lebih-Lebih Mendalam.
Menikam terus sehingga ke hati malah jantung kot. Tusukan yang sangat dalam dan kesakitannya sangat berganda. Musibah yang dianggap ketidakadilan tentu akan dibawa ke jalan yang serong.

Bermula Dari Musibah Akan Datang Muhasabah.
Mungkin kita tahu jalan yang kita lalui selama ni salah. Mahu berubah menjadi diri lebih baik, nak berhijrah, nak merubah diri. Mula tampil imej baru. 

Bila difikir-fikir semula, Allahurabbi banyaknya dosa. Menggunung! Jika dosa ni boleh berbau, mungkin kita ni lebih busuk dari tong sampah yang sudah bertahun diperap. Pasti sangat memualkan.. erkkkk! Selama ini kaki kita ni dah hampir ke rahang neraka. Nauzubillahiminzalik.


Musibah Itu Didikan Hati.
Ayat ini bukan farah kata, tapi ustaz Pahrol Yang kata. Tanam dalam hati mahu jadi hambanYA yang lebih baik. Sentiasa mohon agar hati ni tidak akan tertawan jika hanya suka-suka.

Quran yang selama ni, jarang-jarang sekali kita baca, kita abaikan kini menjadi teman yang sangat akrab. Sangat lapang dada bila mengalunkan ayat-ayat Allah..

Lapang yang dirasai akhirnya membawa supaya kita berfikir bahawa musibah itu adalah satu Rahmat. Teguran dari Allah untuk menjadikan kita lebih baik.

Maha Suci Allah. Dihilangkan mentari, digantikan dengan pelangi yang indah. Subhanallah!

Semoga kita lebih istiqamah dengan perubahan ini. Bukan sekerat jalan je. Biarlah sehingga kita dijemputnya, rasa kehambaan ini yang kita bawa.

Bukan untuk menjadi ustazah tau, farah just sharing apa yang farah rasa. :) 

InsyaAllah.

2 comments: