Tuesday 18 February 2014

Disebalik Miscarriage

Assalamualaikum Semua..


Nampak tak lebam tuu?



Nampaknya memang tak berdaya nak update blog serba baru ini setiap hari. Kalau ikutkan dulu hari-hari pun update. Tapi sekarang rasa macam mood nak menulis tu, makin merudum. Mana datang mood nii. Maka, semua cerita pun akan disimpan dalam memori. Malas sangat nak mengetuk keyboard yang ala-ala cute ni.

Bila dah guna blog baru, semua pun kena serba baru, haih! macam sayang sangat je blog lama tuu bersarang begitu. Nak buat macamana segalanya musnah akibat kata laluanku boleh terlupa. takpelah, farah cuba buat cerita baru disini. Harapnya selepas ini jangan ada muka baru lagiklaaaahh!

Rentetan, dah cerita tentang miscarriage haritu, terasa macam nak sambung lagi. Dah kata blog ni umpama diarikan? So, eloklah semua masuk kat sini. Antara rajin dengan tidak je nak ketuk keyboard ni. 

Semasa miscarriage haritu, farah boleh kena admitted wad kerana farah demam. Suhu agak tinggi. Paling kelakar, farah tak sedar pun farah demam. Rasa macam biasa je. Sekali check, rupanya demam, maka kenalah tahan wad teruss. Then kononnya after demam recover, bolehlah discharge sebab farah kata farah nak biarkan baby tu keluar sendiri secara normal. Itu hanya kata-kata je. Sampai je doctor pakar, ambik kau! katanya kalau dibiarkan farah rehat dirumah, takut farah panik & pitam kiranya tengok darah banyak sangat keluar. Akhirnya kalau tak habis juga keluar, kena dnc juga. So bagi dia, eloklah dnc teruss.. Pikir punya pikir, diskass dengan doctor tempat farah kerja, akhirnya ambil keputusan dnc laahh..

Gerun sangat pikir nak kena dnc ni. Dah ramai sangat kawan cakap sakit sangat dnc. Memang tak biuss.. Allahuakbar! Farah bukannya tahan sakit sangat. Mau pengsan nanti. Dalam hati risau sangat. Dok sibuklah tanya kakak-kakak kat sebelah semua, mereka kata akan biuss. Dalam hati masih tak percaya juga lagi. Sampailah turn farah kena puasa sehingga esoknya doctor panggil untuk tengok keadaan rahim dan baby. terus tanya, "doc, buat ni biuss tak?" then doc jawab biusss.. Alhamdulillahh. Lega sangat hati ni.

Lega tu kejap je pun. Sambil borak-borak dengan ibu yang setia menemani, hati tuuu takut.. jantung tuuu macam nak pecah. Memang tak sangka pulaa malam tu buat juga. Ikutkan doctor kata taktau lagi jadi ke tidak nak buat haritu sebab bilik OT FULL! Oleh kerana dah lapar sangat sebab puasa, takdela pikir sangat hal dnc tuu.

Sampai turn, macam biasalah siapa yang pernah czer, mesti tau kena tukar baju bagai.. yelah, nak masuk bilik OT kan.. teringat time lahirkan arwah Muhammad Hafeey cuma bezanya farah tak perlu pakai bledder.
Risau sangat kot-kot bila doctor pengsankan tuu, nanti pengsan teruss keee.. hihi. punya lah teruk pemikiran time tuu. Alhamdulillah, doctor buat sekejap sangat. Masuk pukul 8.05mlm dan complete 8.14malam. Tapi farah hanya sedar pukul 8.50malam dah tolak ke bilik recover. Dekat bilik recover tu hanya ada farah & sorang uncle. Pengsan jugaaa. Siap berdengkur. Farah pula? takut nak sambung tidur sebab takut tidur lama. Sanggup tahan mata sehingga nurse wad datang ambil. 

Sampai bilik, mata masih rasa nak lelap tapi dah tak tahan ke bilik air, turun katil pun rasa pening tapi cuba taknak ibu tolong. Nak buat semua sendiri. Allah permudahkan dari segi ituu pula. Boleh makan macam biasa memang takda sakit apepun. Stay kat hospital, berbotol-botol antibiotik dimasukkan dalam badan sebab farah baru last year kena czer. Doctor takut ada infection. Sebenarnya bila stay hospital, farah tak tahan bila kena ambil darah, kena drip macam-macam lagi yang memerlukan jarum. Farah ni bukanlah tahan sakit sangat. Tapi bila dah merasa miscarriage ni, terasa macam serik sangat dah. Urat farah sangat susah dicari. Sehingga lebam-lebam tangan dibuatnyaa.

Apapun, farah bersyukur Allah bagi ujian ni. Paling kurang farah masih dibawah pandanganNYA. Setiap apa yang berlaku itu, Allah dah atur dengan sebaiknyaa.. Alhamdulillah, Farah merasa juga nikmat czer & miscarriage serta dnc.. :))

7 comments:

  1. Semoga Farah cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih farah kedua tersayang,

    ReplyDelete
  3. sian kak Farah. Tapi alhamdulillah semua selamat, Banyak sabar ye kak

    ReplyDelete
  4. Moga Farah cepat sembuh dan kuat hendakNYA..

    ReplyDelete
  5. sabar ye...sesungguhnya Allah lebih mengetahui mana yg baik mana yg buruk...mungkin dia tak beri apa yang kita mahu tapi dia beri apa yg kita perlu..

    ReplyDelete
  6. salam kenal,
    tumpang sedih bc pengalaman farah..harap tabah & keep making doa yer..inshaallah rezki Allah tuh ttp ade cuma jgn putus asa jer..

    ReplyDelete